Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan
 penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan 
suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.
Perkampungan
 Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai 
Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat -
 50°C.
Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.
Tidak
 banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air 
sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa
 kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.
Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.
Penduduk
 tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang 
hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh 
dihidupkan lagi. - Agensi



Post a Comment
Admin